Tips Rumahtangga

02 Feb, 2009

Kesan Akibat mengabaikan Makan

Posted by: admin In: Tips Makan| tips sihat

Tabiat mengabaikan makanan sebenarnya boleh memberi kesan negatif pada kesihatan tubuh. Tanpa pengambilan sarapan pagi, seseorang individu itu bakal berhadapan dengan masalah kesihatan. Individu yang tak ambil sarapan akan mengalami masalah gangguan emosi, daya ingatan dan tenaga. Selain itu, wanita yang mengabaikan pengambilan sarapan paginya seiama dua minggu berturut-turut biasanya akan makan lebih banyak pada waktu makan berikutnya. Malahan, dia juga mungkin diserang penyakit jantung akibat berlakunya kadar peningkatan low dencily lipoprotein (LDL) di samping kurangnya proses pengaktifan insulin dalam tubuh.
“Begitu juga dengan makan tengah hari. Satu hidangan tengah hari membekalkan sekurang-kurangnya 500 kCal tenaga yang diperlukan tubuh untuk melakukan kerja pada waktu petang sebelum pulang dari pejabat. Individu yang tidak makan pada waktu ini biasanya akan cepat berasa lemah, letih dan gaga memberi tumpuan sepenuhnya pada pekerjaan.

Bagi yang sedang berdiet, istilah makan nasi untuk hidangan waktu malam tentunya mengundang fobia. Sebenarnya, anda masih boleh berdiet walaupun dengan makan nasi pada waktu malam. Apa yang penting, porsi nasi yang diambil perlulah dikurangkan dan sebaik-baiknya makan empat jam lebih awal sebelum tidur. Sekiranya tidak mahu makan nasi, anda juga boleh menggantikannya dengan roti, biskut, mi atau capati. Jadi, adalah penting bagi anda mengambil sekurang-kurangnya tiga hidangan utama iaitu sarapan, makan tengah hari dan makan malam setiap hari. Langkah ini sekurang-kurangnya dapat menjamin keperluan nutrisi selain berupaya membantu kita daripada makan terlalu banyak atau mengambil makanan ringan yang ternyata tidak menyihatkan.

Tags:

01 Feb, 2009

Tips Berat Badan

Posted by: admin In: lelaki| tips cantik| tips sihat| wanita

Selain pemakanan yang seimbang, aktiviti fizikal juga penyumbang utama kepada proses penurunan berat badan. Terdapat beberapa aktiviti fizikal yang boleh diamalkan seperti:

Orang dewasa harus menetapkan 30 minit sehari manakala kanak-kanak 60 mint sehari dengan aktiviti seperti bermain secara aktif, berjalan, berlari dan bersukan setiap hari.
Lakukan aktiviti
seperti berjalan cepat dan menaiki tangga sebagai ganti menggunakan if memberi faedah yang sama seperti anda bersukan secara formal.
Gabungkan aktiviti membina kekuatan dan kardiovaskular (meningkat kadar jantung dan penafasan) secara teratur.
Mencari jalan untuk menyertai aktiviti fizikal dalam rutin harian anda agar ia sentiasa dapat diamalkan walaupun anda menghadapi kekangan masa.


 Powered by Max Banner Ads 

Dapatkan Artikel

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Bil.Pelawat

web counter

  • BAGAK: Tak tahu nak komen kat mana... Blog mempunyai nichie yang menarik. Domain name pun dah cantik. tapi "about us" tak de tak kenal siapa yang me
  • F.B.I: Bro... Just nak tanya. How you dapat buat google adsense dalam web u ni, sedangkan saya difahamkan google adsense ini boleh dilakukan dalam web@blo
  • PakarHowTo: sudah 2 tahun saya berkahwin sehingga kini masih ada perselisihan/pertembungan antara saya dan isteri... pada saya itu semua perkara biasa asam ga

About

Blog ini memaparkan kisah rumahtangga, suami isteri, tips dan petua rumahtangga, tips kesihatan, tips pemakanan, hubungan seksual dan segala kisah lelaki, wanita dan remaja..